Selamat Datang ke Agoda Log masuk Sertai
Pusat Rakan Kerjasama Agoda

 

Program Rakan Gabungan Hotel

Satu cara hebat bagi laman web mendapat pendapatan dengan mempromosi produk serta perkhidmatan yang kami tawarkan...butiran
 

 
Perjanjian Rakan Gabungan
Baca terma dan syarat kami secara terperinci di sini...butiran


 
Sertai
Bagaimana anda boleh menyertai Rangkaian Rakan Gabungan Agoda kami...butiran


 
Mengesan
Kesan jualan anda atau pantau aktiviti di laman web anda dengan mudah. Kuki yang kekal selama satu tahun...butiran


 
Komisyen
Agoda menawarkan kepada anda komisyen sehingga 60%...butiran


 
Soalan Lazim
Sebarang soalan mengenai faedah, kadar komisyen dan butiran lain mengenai Program Rakan Gabungan kami dijawab dalam seksyen Soalan Lazim. butiran

Soalan lazim mengenai Program Rakan Gabungan Pasaran Agoda

Bagaimana saya bermula?
Hanya pergi ke Halaman Daftar Program Rakan Gabungan Agoda dan lengkapkan borang pendaftaran. Sila pastikan anda telah membaca dan menerima Perjanjian Rakan Gabungan Agoda sebelum menghantar pendaftaran anda. Semua permohonan tertakluk kepada proses penilaian sebelum akses ke Pusat Rakan Gabungan diluluskan.

Apakah faedah-faedah sebagai Rakan Kerjasama Gabungan Pasaran Agoda?
Sebagai ahli Program Rakan Gabungan Pasaran Agoda, anda mendapat akses ke lebih 45,000 hotel di seluruh dunia melalui laman web Agoda. Ini membolehkan anda membina laman khusus bagi sesuatu wilayah, negara, atau bandar di mana anda boleh menawarkan hotel diskaun dan segera mendapat pendapatan daripada tempahan.

Bolehkan saya menjadi rakan gabungan Agoda tanpa laman web?
Malangnya anda mesti mempunyai laman web sebelum anda mendaftar sebagai Rakan Kerjasama Gabungan Pasaran Agoda. Terdapat banyak laman PERCUMA di luar sana yang boleh membantu anda membina laman web anda dalam hanya beberapa minit. Dalam keadaan tertentu kami menawarkan tapak yang disesuaikan bagi rakan kerjasama terpilih dengan mengenakan bayaran. Menghantar semula sesuatu URL tanpa laman web adalah dilarang.

Bolehkan saya menggunakan kandungan Agoda di laman saya?
Agoda menyediakan untuk rakan gabungan pautan sepanduk, pautan teks dan alat penyesuaian lain untuk digunakan di laman rakan gabungan; walau bagaimanapun, penggunaan sebarang kandungan lain atau pengubahsuaian selepasnya hanya dibenarkan selepas mendapat kebenaran bertulis Agoda dan Anacott Travel Network. Sila rujuk ‘Perjanjian Rakan Gabungan Agoda’ untuk butiran lanjut.

Apakah kadar komisyen yang dibayar kepada rakan gabungan?
Kadar komisyen bergantung kepada bilangan pelepasan tempahan dalam sesuatu bulan kalendar. Pelepasan tempahan merujuk kepada tempahan lengkap di mana pelanggan telah menginap dan berlepas dari hotel berkenaan. Semua komisyen dikira daripada margin bersih kami bagi setiap tempahan. Berikut adalah skala komisyen standard kami:

Bilangan Pelepasan 

Peratus Komisyen Rakan

1 - 4935%
50 – 9937.5%
100 – 19945%
200 - 99955%
1000+60%



Formula yang digunakan untuk mengira pembayaran adalah:

 Komisyen Dibayar = (CI - HI - (CI*PP)) * ACP  

CI= Invois Klien (apa yang dibayar oleh klien kepada kami)
HI= Invois Hotel (apa yang kami bayar kepada hotel)
PP= Peratus Pemprosesan = 2.6%
ACP= Peratus Komisyen Rakan

Sila ambil perhatian bahawa skala ini adalah tertakluk kepada perubahan mengikut Perjanjian Rakan Gabungan.

Bagaimana sistem pengesanan berfungsi?
Kami menggunakan perujuk HTTP untuk mengesan tempahan pelanggan anda. Begini caranya:

Daftarkan domain anda dengan kami: contoh http://www.MYDOMAINNAME.com

Kami memasukkan domain ini ke dalam pangkalan data kami dan mengaktifkannya untuk pengesanan.

Bila kami menerima pautan dari sebarang URL di dalam domain berkenaan (http//www.mydomainname.com/anypage.html), kami akan menandakan pengguna menggunakan kuki yang kekal selama setahun.

Setiap 24 jam kami menyelaraskan sistem rakan gabungan dengan enjin tempahan kami, mendaftarkan semua tempahan yang mempunyai ID rakan gabungan. Anda boleh log masuk ke dalam sistem rakan gabungan di Partners.Agoda.com

Staf kami akan memadamkan tempahan salinan, tipu atau ujian. Ini tidak akan muncul di pusat rakan gabungan. Jika anda ingin membuat tempahan ujian dan mahukan ia dikesan, anda perlu membuat permintaan khas.

Semua tempahan sebenar sama ada dibuat menggunakan kad kredit atau tidak, akan muncul di pusat rakan gabungan dalam tempoh 24 jam.

Pusat rakan gabungan akan menunjukkan status tempahan ("dibatalkan oleh pelanggan", "tempahan penuh", "disahkan", "berlepas") dan sama ada nombor kad kredit telah diterima.

Sebaik sahaja domain anda didaftarkan, anda boleh menempatkan pautan di laman anda ke Agoda.com, klik pada pautan berkenaan dan buat tempahan ujian. Kami boleh memberikan anda arahan bagi membuat tempahan ujian supaya tempahan berkenaan tidak akan dikenalpasti, akan dipadamkan, dan juga tidak dikenakan caj pembatalan.

Jika anda datang kembali beberapa hari kemudian terus ke laman Agoda, selagi anda tidak memadam atau menolak kuki Agoda, sebarang tempahan berikutnya akan dikreditkan ke akaun anda di pusat rakan gabungan dalam tempoh 24 jam. Kuki berkenaan akan kekal selama setahun.

Ini bermakna anda kini boleh meletakkan pautan standard (tanpa kod atau ID pengesanan yang panjang) dari mana-mana lokasi domain anda ke mana-mana lokasi di dalam domain Agoda dan ia akan dikesan dengan betul. Kebanyakan laman memerlukan anda membuat pautan menggunakan URL yang lebih panjang yang biasannya mengandungi CID. contoh www.otheraffiliatecompany.com/204948488389fjkdfjsldkfjsld-www-myCID

Mengapa kami melakukan ini?
Enjin-enjin carian telah mula mengenakan penalti dan menurunkan kedudukan laman yang mereka rasakan sebagai laman rakan gabungan. URL yang panjang dengan kod pengesanan rakan gabungan lebih mudah dikenalpasti sebagai pautan rakan gabungan. Pautan Agoda yang ringkas dan mudah menjadikan fail log lebih mudah untuk dibaca, pengesanan lebih mudah diuruskan, dan laman anda lebih menarik kepada enjin-enjin carian.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengesanan atau kuki, sila semak perjanjian undang-undang rakan kerjasama kami.

Bolehkah saya memaut ke Agoda dengan membuka tetingkap baru atau tetingkap pop-up?
Walaupun maklumat perujuk boleh dihantar melalui tetingkap baru atau tetingkap pop-up, namun ia tidak semestinya dijamin atau boleh dipercayai. Besar kemungkinan ia bergantung kepada penyemak imbas dan versi, dan terdapat banyak faktor lain, seperti Java Scripts di laman dan cara tetingkap boleh dilaksanakan, yang akhirnya mungkin kehilangan maklumat perujuk. Ini sebabnya kami tidak mengesyorkan tetingkap pop-up.

Jika anda boleh melaksanakan tetingkap pop-up yang membolehkan maklumat perujuk dibawa ke hadapan, dan anda ingin menggunakan strategi ini, anda perlu mengujinya di pelbagai jenis penyemak imbas dan dengan pengguna yang berbeza. Kami tidak boleh membantu anda melakukan ini. Jika perujuk dibawa ke depan, maka ia akan dikesan oleh sistem kami. Tetapi, ia tidak begitu boleh diharapkan sebagaimana menggunakan pautan di dalam penyemak imbas yang sama dan oleh itu kami tidak mengesyorkannya. Tempahan mungkin tidak dikesan jika anda membuat keputusan untuk menggunakan kaedah ini.

Bagaimana dan bilakah saya mendapat pembayaran?
Kaedah pembayaran adalah melalui Pindahan Bank Terus. Anda akan dibayar pada bulan selepas pelepasan tetamu dari hotel. Contohnya, jika seseorang tetamu menginap dari 28 Mac-4 April, anda akan dibayar dalam bulan Mei. Pembayaran komisyen dikira pada hari pertama setiap bulan. Pembayaran dibuat menjelang 15hb bulan berkenaan dengan pembayaran komisyen minimum sebanyak AS$200. Jika jumlah komisyen yang perlu dibayar kurang daripada AS$200, bakinya akan dibawa ke depan sehingga tahap pembayaran minimum dicapai.

Bolehkah saya melibatkan diri dalam program-program rakan gabungan lain?
Ya. Kami TIDAK mempunyai klausa eksklusif dalam kontrak kami. Sudah tentu kami lebih suka kalau Rakan Gabungan kami menggunakan perkhidmatan kami secara eksklusif, tetapi kami menghormati hak anda untuk mempamerkan hotel yang ditawarkan oleh program gabungan lain. Syarikat walau bagaimanapun memohon agar Rakan Kerjasama mendedahkan program rakan gabungan lain yang mereka gunakan, supaya kami boleh memperbaiki perkhidmatan kami agar kami boleh dipilih menjadi rakan kerjasama eksklusif rakan gabungan berkenaan.

Bolehkah saya menyertai Program Mata Ganjaran Agoda?
Ahili-ahli bagi Program Gabungan Market Agoda tidak diberikan hak sebagaimana keahlian Akaun Mata Ganjaran Agoda dan kelebihannya.

 
Agoda (r) adalah tanda dagang berdaftar oleh AGIP LLC, digunakan di bawah lesen oleh Agoda Company Pte. Ltd
Hak Cipta © 2006 - Agoda Company Pte. Ltd. Semua hak terpelihara.
Emel: partners@agoda.com