|
|
Perjanjian ini menyatakan terma-terma perhubungan antara Agoda Company Pte Ltd ("Syarikat") dan Rakan Kerjasama Gabungan ("Rakan Kerjasama") di mana Syarikat akan membenarkan Rakan Kerjasama untuk menawarkan untuk dijual produk dan perkhidmatan Agoda Travel Network melalui laman web Rakan Kerjasama ("Laman Rakan Kerjasama"), termasuk jualan kepada pelanggan atau lain-lain hubungan pengguna akhir. Syarikat telah menamatkan sebarang dan semua program rakan gabungan lain atau perjanjian rakan gabungan. Syarikat dan Rakan Kerjasama bersetuju bahawa:
1.1 Syarikat menjalankan sistem tempahan hotel, yang menyediakan pengedaran, harga dan tempahan bagi hotel dan resort di seluruh dunia. (Selepas ini dirujuk sebagai "Hotel")
1.2 Rakan Kerjasama bersetuju bahawa mereka akan mempromosi Hotel melalui cara dalam talian dan/atau luar talian kepada pelanggan berdasarkan terma yang dinyatakan dalam perjanjian ini. Rakan Kerjasama juga menerima semua polisi dan prosedur harga, pengedaran dan tempahan yang dilaksanakan oleh Syarikat dan semua staf serta rakan kerjasamanya.
 |
2.1 Syarikat akan menyenaraikan semua produk, perkhidmatan, harga dan maklumat hotel ("Data Produk") di laman webnya, Agoda.com ("Laman") atau mana-mana laman lain yang dirasakan sesuai mengikut budi-bicaranya semata-mata. Data Produk di Laman akan merupakan harta intelek rahsia dan peribadi Syarikat. Rakan Kerjasama tidak akan menyalin atau menggunakan semula Data Produk tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Syarikat. Semasa tempoh perjanjian ini, Syarikat boleh membenarkan, mengikut budi-bicaranya sendiri, hak kepada Rakan Kerjasama untuk menggunakan atau mempamerkan Data Produk di laman web Rakan Kerjasama. Rakan Kerjasama bersetuju bahawa jika kebenaran sedemikian diberikan, Rakan Kerjasama bersetuju untuk tidak membuat perubahan kepada kandungan dan maklumat yang disenaraikan di Laman, kecuali dipersetujui, secara bertulis oleh kedua-dua pihak. Syarikat berhak untuk menukar nama atau URL Laman dengan memberi notis awal yang munasabah kepada Rakan Kerjasama.
2.2 Syarikat akan menyediakan buat Rakan Kerjasama semua sokongan grafik dan teknikal yang diperlukan untuk melaksanakan yang dinyatakan di atas jika sama-sama dipersetujui.
2.3 Syarikat akan, mengikut budi-bicaranya semata-mata, menawarkan bantuan teknikal dan pemasaran kepada Rakan Kerjasama. Ini akan berlaku di antara pukul 9 pagi - 6 petang, Isnin hingga Jumaat (Waktu Bangkok). Syarikat akan berusaha untuk melakukan usaha-usaha komersil yang munasabah untuk menyelesaikan sebarang masalah teknikal yang berkaitan dengan perjanjian ini dalam tempoh 48 jam. Walau bagaimanapun, Syarikat tidak perlu menyediakan sebarang tahap perkhidmatan atau sokongan.
 |
3.1 Di bawah terma perjanjian ini, Rakan Kerjasama akan memasarkan produk dan perkhidmatan Syarikat sebagai balasan kepada komisyen yang diperoleh.
3.2 Rakan Kerjasama faham bahawa Syarikat lebih suka perjanjian untuk menjual produk Syarikat ini adalah eksklusif, tetapi Syarikat menghormati hak Rakan Kerjasama untuk mempamerkan hotel yang ditawarkan oleh program rakan gabungan lain. Syarikat akan, walau bagaimanapun, memohon Rakan Kerjasama mendedahkan program rakan gabungan lain yang mereka gunakan, untuk membolehkan kami memperbaiki perkhidmatan kami supaya kami boleh menjadi rakan kerjasama eksklusif yang dipilih oleh rakan gabungan berkenaan. Syarikat boleh melantik satu atau lebih Rakan Kerjasama tambahan yang mempunyai tanggungjawab di kawasan geografi yang sama. Syarikat sendiri dan Rakan-Rakan Kerjasama lain juga boleh menjual produk yang sama kepada pembeli yang tinggal di mana-mana.
3.3 Rakan Kerjasama bersetuju untuk dengan serta-merta dan dengan jelas mempamerkan pautan di laman Rakan Kerjasama dan untuk dengan serta-merta mengemaskini pautan seumpamanya selepas menerima notis munasabah daripada Syarikat. Rakan Kerjasama boleh menggunakan seberapa bilangan pautan di laman Rakan Kerjasama, selagi pada bila-bila masa Syarikat berhak untuk meluluskan lokasi dan penggunaan pautan seumpamanya. Selain daripada yang dinyatakan secara jelas selepas ini, Rakan Kerjasama tidak dibenarkan untuk mewujudkan sebarang bentuk pautan ke Laman atau menggunakan pautan berkenaan bagi sebarang tujuan selain daripada untuk memautkan pelawat ke Laman. Rakan Kerjasama juga bersetuju untuk memaklumkan serta-merta kepada Syarikat sekiranya terdapat sebarang masalah atau pincang tugas satu atau lebih pautan.
3.4 Rakan Kerjasama mempunyai tanggungjawab tunggal dan bertanggungjawab bagi pembangunan, operasi, penyenggaraan, kandungan, perisian, peralatan dan semua kos yang berkaitan dengan laman Rakan Kerjasama. Selain daripada sebarang dan semua larangan jelas yang dinyatakan di sini, laman Rakan Kerjasama tidak akan, dalam apa-apa cara: (i) meniru atau menyerupai rekabentuk, nama domain (termasuk sub-domain), kelihatan atau dirasakan, atau menimbulkan anggapan bahawa ia sebahagian daripada Laman atau mana-mana laman web rakan gabungan atau subsidiari Syarikat; atau (ii) mempamerkan bahan-bahan seks yang eksplisit atau lucah, atau bahan yang dianggap menjelikkan; (iii) menggalakkan diskriminasi berdasarkan bangsa, jantina, agama, kewarganegaraan, ketidakupayaan, orientasi seksual atau umur; (iv) mempromosi atau terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang; (v) melanggar hak harta intelek pihak ketiga; atau (vi) mengandungi atau mempromosi maklumat mengelirukan atau menggalakkan perjudian. Sebarang pelanggaran perjanjian yang dinyatakan di atas akan menyebabkan Rakan Kerjasama diberhentikan daripada program dan kehilangan sebarang pembayaran yang belum dibayar.
3.5 Rakan Kerjasama tidak akan (a) dalam apa cara sekalipun, termasuk, tetapi tidak terhad kepada cara mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya, menyalin, mengeluar semula, mengubahsuai, mengubah, mengadaptasi, membuka, menterbalik proses, atau cuba untuk menentukan kod sumber (atau idea asas, algoritma, struktur atau organisasi) pautan atau sebarang kandungan yang terkandung di sini atau perkhidmatan yang disediakan oleh Laman ini; (b) mencipta kerja terbitan daripada pautan atau sebarang kandungan atau perkhidmatan yang terkandung di Laman ini termasuk pautan penghantaran semula dan perlindungan laman web; (c) mengirim lanjut, memindah, memberi sub-lesen, menetapkan, menjual, menyewakan, mengedarkan, mempamerkan atau mendedahkan pautan atau Laman ini (untuk digunakan atau sebaliknya) kepada sebarang kuda Trojan, cacing, bom masa, arahan robot atau rutin pemprograman komputer lain yang bertujuan untuk merosakkan, mengganggu hingga menjejaskan, secara curi-curi memintas atau mengekspropriasi mana-mana sistem, data atau maklumat peribadi; atau (ii) sebarang emel komersil yang tidak diminta ("spam") melalui atau ke dalam Laman ini; (e) membuang, mengubah atau menyembunyikan sebarang pemilikan harta intelek atau notis pengenalan, tanda, amaran atau batasan dari pautan atau Laman ini; (f) membuat sebarang representasi kepada pelawat, kepada orang awam atau sebarang pihak lain yang mempunyai kaitan dalam apa cara pun dengan Syarikat, perkhidmatan, pautan atau Laman ini. Sebarang pelanggaran perjanjian yang dinyatakan di atas dan Rakan Kerjasama akan diberhentikan daripada program dan kehilangan sebarang pembayaran yang belum dibayar.
3.6 Rakan Kerjasama akan mendaftarkan setiap laman web atau URL untuk dikesan secara berasingan dan tidak akan menggunakan Nombor Pengenalan Anak (CID) yang sama di laman web berganda. ID Anak (CID) merupakan kod pengesanan unik yang digunakan untuk mengenalpasti laman web atau URL yang berkaitan dengannya. Rakan Kerjasama tidak dibenarkan untuk memindahkan sesuatu CID dari satu tapak ke tapak yang lain. Sebaik diluluskan, sesuatu CID akan kekal terikat ke URL yang diluluskan untuknya. CID berkenaan akan luput dan tidak sah jika dipindahkan ke tapak baru dan Rakan Kerjasama akan kehilangan semua pendapatan daripada CID berkenaan dan semua CID lain jika ini dilanggar tanpa kebenaran jelas secara bertulis daripada Syarikat. Setiap laman web atau URL tambahan adalah tertakluk kepada larangan dan penalti yang dinyatakan dalam artikel 3.4 perjanjian ini.
 |
4.1 Syarikat akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi pembangunan, operasi dan penyenggaraan operasi dan sistem jualan Syarikat dan bagi semua bahan yang muncul di tempat perniagaan atau laman web Syarikat.. Contohnya, Syarikat akan bertanggungjawab penuh bagi:
Operasi teknikal sistem Syarikat, Laman dan semua alatan berkaitan Ketepatan dan kesesuaian komunikasi dengan pelanggan, memastikan bahan-bahan yang ditempatkan di laman Syarikat tidak berunsur fitnah atau melanggar undang-undang 4.2 Syarikat akan menyediakan Perkhidmatan Pelanggan untuk membantu pelanggan Rakan Kerjasama berkaitan pertanyaan pelancongan, rungutan, aduan, dan permintaan tempahan serta menyediakan perkhidmatan berkaitan perjalanan dalam urusan perniagaan biasa menurut amalan standard industri pelancongan. Rakan Kerjasama bersetuju dan mengiktiraf bahawa Syarikat bertanggungjawab bagi memenuhi tempahan dan perkhidmatan pelanggan. Semua pertanyaan tempahan akan disalurkan secara eksklusif kepada Syarikat.
4.3 Rakan Kerjasama menafikan semua liabiliti bagi perkara-perkara ini. Selanjutnya, Syarikat akan melindungi dan memastikan Rakan Kerjasama tidak terdedah kepada semua tuntutan, kerosakan, dan perbelanjaan (termasuk, tanpa had, yuran guaman) yang berkaitan dengan pembangunan, operasi, penyenggaraan, dan kandungan operasi dan laman web Syarikat.
4.4 Sehubungan itu, Rakan Kerjasama akan melindungi dan memastikan Syarikat tidak terdedah kepada semua tuntutan, kerosakan, dan perbelanjaan (termasuk, tanpa had, yuran guaman) yang berkaitan dengan pembangunan, operasi, penyenggaraan, dan kandungan operasi dan laman web Rakan Kerjasama.
4.5 Semua isu berkaitan dengan proses tempahan merupakan tanggungjawab Syarikat dan Rakan Kerjasama tidak akan berhubung dengan pelanggan dengan apa juga cara, kecuali dihubungi terlebih dahulu. Semua soalan berkaitan Rakan Kerjasama atau sebarang hubungannya akan dimajukan kepada Rakan Kerjasama serta-merta, seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
4.6 Kami tidak membuat representasi tersurat mahupun tersirat atau jaminan mengenai Laman atau prestasinya, ketersediaannya atau kefungsiannya. Sebarang jaminan tersirat mengenai kebolehpasaran, kesesuaian bagi sesuatu tujuan, dan tiada pelanggaran oleh Syarikat secara jelas dinafikan dan dikecualikan. Selain itu, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan bahawa operasi Laman akan tidak terganggu atau bebas ralat, dan kami tidak akan bertanggungjawab bagi akibat sebarang gangguan atau ralat.
4.7 Terma Penggunaan Syarikat dan Polisi Privasinya akan mengawal penggunaan Laman oleh pelawat. Syarikat akan memiliki semua hak, tajuk dan kepentingan di dalam dan kepada semua maklumat yang berkaitan dengan pelawat dan maklumat berkenaan dianggap maklumat rahsia dan keempunyaan Syarikat.
4.8 Syarikat akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan perkhidmatan tersedia untuk pelawat Laman, dan kecuali keperluan pelaporan, Syarikat tidak bertanggungjawab untuk menyediakan sebarang data atau maklumat kepada Rakan Kerjasama yang berkaitan dengan pelawat, sama ada boleh dikenali secara peribadi atau sebaliknya. Semua terma yang berkaitan penyediaan perkhidmatan adalah antara Syarikat dan setiap pelawat. Syarikat berhak untuk tidak melayan seseorang pelawat.
4.9 Rakan Kerjasama tidak akan menggunakan program, sebarang kod perisian atau selainnya dalam apa juga cara, untuk mendapatkan atau cuba mendapatkan maklumat yang boleh dikenali secara peribadi atau mengetahui identiti pengguna Laman ini.
4.10 Rakan Kerjasama bersetuju untuk mempromosikan perkhidmatan, tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di Laman ini. Rakan Kerjasama mengiktiraf dan bersetuju bahawa terma dan syarat mungkin berubah tanpa notis lebih awal dan mungkin berbeza mengikut hotel ke hotel. Syarikat boleh berhenti menawarkan tempahan di Laman ini bagi mana-mana hotel kerana sebarang sebab tanpa notis terlebih dahulu kepada Rakan Kerjasama.
Skala komisyen yang disemak semula di bawah terpakai bermula dari tarikh perjanjian ini dan akan digunapakai kepada pelepasan tempahan yang direkodkan selepas tarikh ini. Bagi rakan gabungan sedia ada yang mendaftar dengan program sebelum ini di bawah perjanjian sebelum ini, sila ambil perhatian bahawa kadar baru hanya digunapakai bagi tempahan yang dibuat selepas 1 Januari 2006. 5.1 Syarikat akan membayar Rakan Kerjasama satu peratusan daripada pendapatan yang dihasilkan daripada jualan bilik hotel yang dibuat hasil usaha kerjasama ini ("Komisyen"). Komisyen akan dibayar menggunakan formula berikut:  |  |  | | | Komisyen Dibayar = (CI - HI - (CI*PP)) * ACP | |  |  |  |
CI= Invois Klien (apa yang dibayar oleh klien kepada kami) HI= Invois Hotel (apa yang kami bayar kepada hotel) PP= Peratus Pemprosesan = 2.6% ACP= Peratus Komisyen Rakan Peratus Komisyen Rakan Gabungan atau ACP akan ditentukan melalui perjanjian secara bertulis antara pihak-pihak terbabit (selepas ini "Perjanjian ACP Khusus"), tetapi jika tidak terdapat Perjanjian ACP Khusus, akan diasaskan skala yang disenaraikan dalam perjanjian ini di bawah dan di laman web Syarikat (selepas ini "Perjanjian ACP Lalai"). Kedua-dua Perjanjian ACP Lalai dan sebarang Perjanjian ACP Khusus akan berdasarkan bilangan pelepasan yang boleh dipastikan terhasil daripada usaha pemasaran Rakan Kerjasama ("Pelepasan Rakan Kerjasama"), mengikut yang ditentukan oleh Syarikat semata-mata. Kaedah yang dipilih oleh Syarikat untuk mengira Pelepasan Rakan Kerjasama adalah seperti berikut: Satu "kuki" (satu fail teks kecil) akan ditempatkan di penyemak imbas pelawat apabila mereka memilih satu pautan yang diberikan oleh Rakan Kerjasama khusus bagi tujuan menghantar pelawat ke laman Syarikat. Kuki ini akan mengandungi Nombor ID Rakan Kerjasama. Perisian kami mengesan pelawat yang menggunakan nombor ID dan kuki Rakan Kerjasama selama 365 hari. Jika pelawat selepas itu kembali terus ke laman Syarikat untuk membuat tempahan, Rakan Kerjasama akan diberi kredit bagi jualan berkenaan. Walau bagaimanapun, jika mereka melawat laman web Rakan Kerjasama Gabungan lain, kuki akan ditetapkan semula. Syarikat akan berusaha untuk memastikan bahawa semua Pelepasan Rakan Kerjasama dikesan, dilaporkan dan dibayar. Walau bagaimanapun, Rakan Kerjasama tidak akan mendapat sebarang bantuan bagi sebarang pendapatan yang hilang atau kerosakan sekiranya Syarikat gagal mengesan atau melaporkan dengan tepat Pelepasan Rakan Kerjasama. Satu-satunya jalan keluar bagi Rakan Kerjasama ialah menamatkan penglibatannya dalam program ini. Perjanjian ACP Lalai Skala berikut akan digunakan untuk mengira ACP sekiranya tidak terdapat Perjanjian ACP Khusus. Kadar ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2006, dan digunapakai bagi pelepasan tempahan yang direkodkan selepas tarikh ini.  |  |  |  | | Bilangan Pelepasan | Peratus Komisyen Rakan |  |  | | 1 - 49 | 35% | | 50 – 99 | 37.5% | | 100 – 199 | 45% | | 200 - 999 | 55% | | 1000+ | 60% |  |  |
Syarikat berhak untuk mengubah menukar atau mengubah Perjanjian ACP Lalai pada hari pertama mana-mana bulan. Dalam keadaan sedemikian, satu notis akan diletakkan di laman web Syarikat, dan satu emel akan dihantar kepada semua Rakan Kerjasama, berdasarkan alamat emel yang diberikan semasa melaksanakan perjanjian ini. Pemberitahuan akan dibuat sekurang-kurangnya 15 hari sebelum sebarang perubahan. Syarikat berhak untuk mengubah atau menamatkan mana-mana Perjanjian ACP Khusus pada hari pertama mana-mana bulan, dengan notis awal 15 hari kepada Rakan Kerjasama. Jika Syarikat menamatkan Perjanjian ACP Khusus, dan tiada Perjanjian ACP Khusus baru yang diterima oleh kedua-dua pihak dan dilakukan secara bertulis, Perjanjian ACP Lalai akan digunakan bagi mana-mana pengiraan di masa akan datang. 5.2 Komisyen akan dikira bagi setiap bulan kalendar, dalam Dolar AS (USD), berdasarkan pelepasan pada bulan berkenaan. Rakan Kerjasama dan Syarikat bersetuju bahawa sebarang pelarasan kepada tempahan yang dimaklumkan mengenainya kepada Syarikat selepas hujung bulan berkenaan atau selepas pembayaran dibuat kepada Rakan Kerjasama akan dilselaraskan sewajarnya dalam pembayaran bulan berikutnya. Pelarasan berkenaan sama ada positif (penginapan yang dilanjutkan) atau negatif (daftar keluar awal) hendaklah secara tepat menggambarkan nilai tempahan-tempahan berkenaan.
5.3 Rakan Kerjasama akan dibayar selewat-lewatnya pada 15hb bulan berikutnya selepas tarikh pelepasan. Jika Rakan Kerjasama memerlukan pembayaran melalui Pindahan Wang Antarabangsa (TT) caj bank AS$25 akan dipotong daripada pembayaran untuk membayar kos Pindahan Wang Antarabangsa berkenaan. Syarikat boleh pada masa ini membuat pembayaran tempatan di Singapura dan Thailand - yang tidak dikenakan caj TT. Rakan Kerjasama boleh memohon tempoh simpanan lanjutan bagi pembayaran komisyen untuk mengelakkan caj bank berlebihan. Permintaan ini akan dikendalikan mengikut keadaan dan mengikut budi-bicara tunggal Syarikat. Jumlah pembayaran minimum ditetapkan pada AS$200 dengan sebarang baki belum bayar diakrukan. 5.4 Syarikat akan menghantar makluman setiap bulan mengenai sebarang baki yang belum dibayar kepada Rakan Kerjasama. Syarikat akan menghantar notis ini kepada butiran hubungan yang disimpan dalam fail. Adalah menjadi tanggungjawab Rakan Kerjasama untuk memastikan butiran ini adalah betul dan kemaskini. Sekiranya seseorang Rakan Kerjasama gagal menuntut sebarang jumlah yang belum dibayar melebihi AS$200 dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis tiga bulan berturut-turut, Rakan Kerjasama akan kehilangan sebarang komisyen yang belum dibayar.
5.5 Rakan Kerjasama bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan maklumat bank yang disimpan di dalam profil rakan gabungan Syarikat. Jika nombor akaun bank tidak betul diberikan, yuran pemprosesan tambahan akan dikenakan oleh pihak bank. Syarikat akan memotong yuran pemprosesan ini daripada pembayaran komisyen seterusnya.
5.6 Komisyen yang dinyatakan hendaklah merupakan satu-satunya pampasan yang layak diterima oleh Rakan Kerjasama di bawah perjanjian ini. Semua pesanan adalah tertakluk kepada penerimaan oleh Syarikat mengikut polisinya pada masa permintaan tempahan. Polisi Syarikat adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Syarikat akan berusaha untuk menyimpan audit bagi semua transaksi yang dinyatakan dalam Perjanjian ini. Syarikat akan memberikan Rakan Kerjasama ringkasan akaun, yang akan mengesan bilangan penerusan klik, tempahan yang sahih, dan tempahan yang disahkan yang dikemukakan oleh pengguna yang niatnya adalah untuk menggunakan perkhidmatan dan dirujuk oleh Rakan Kerjasama. Rakan Kerjasama juga akan mendapat akses kepada laporan pembayaran, yang akan memaparkan unjuran pendapatan dan sejarah pembayaran. Sekiranya Syarikat gagal untuk menyimpan rekod atau audit yang tepat, satu-satunya jalan keluar bagi Rakan Kerjasama adalah menamatkan penglibatannya dalam program ini.
6.1 Sebarang penggunaan mana-mana maklumat pengguna, peribadi atau sebaliknya, oleh Rakan Kerjasama, bagi sebarang tujuan komersil atau untuk mendapatkan keuntungan kewangan langsung (contohnya pemasaran pukal) adalah dilarang. Sebarang penggunaan seumpamanya dianggap sebagai melanggar perjanjian ini. Laman hendaklah digunakan bagi kegunaan peribadi pelanggan Rakan Kerjasama sahaja. Rakan Kerjasama bersetuju bahawa ia tidak akan menggunakan maklumat syarikat yang diperoleh daripada Laman bagi tujuan surat berantai, mel sampah, menghantar spam, usaha mencari pelanggan (komersil atau bukan komersil) atau komunikasi pukal dalam sebarang bentuk termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai edaran kepada mana-mana individu yang tidak memberi kebenaran spesifik untuk dimasukkan ke dalam senarai seumpamanya. Walau bagaimanapun, perkara yang dinyatakan di atas tidak menghalang Rakan Kerjasama daripada memasarkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggannya, yang telah membeli perjalanan melalui Laman, melalui emel yang disediakan. Namun begitu, pelanggan mempunyai pilihan untuk tidak melanggan kepada usaha mencari pelanggan sedemikian dan berhenti menjadi penerima emel seumpamanya. Jika Rakan Kerjasama melanggar peruntukan ini, Syarikat berhak untuk menamatkan perjanjian ini serta-merta tanpa notis dan Rakan Kerjasama akan kehilangan semua pembayaran yang belum dibayar.
6.2 Kedua-dua pihak tidak boleh membuat, menerbitkan, mengedarkan, atau membenarkan sebarang bahan bertulis, yang merujuk kepada pihak yang satu lagi tanpa terlebih dahulu mengemukakan kepada pihak yang satu lagi bahan berkenaan dan menerima kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak yang tidak mengemukakan bahan. Kebenaran ini tidak boleh tidak diberikan atau dilengahkan secara tidak munasabah.
6.3 Kedua-dua pihak tidak akan membuat pengumuman atau kenyataan kepada orang awam atau pihak ketiga mengenai hubungan antara kedua-dua pihak atau transaksi yang dinyatakan di dalam perjanjian ini tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak yang satu lagi. Kebenaran ini tidak boleh tidak diberikan atau dilengahkan secara tidak munasabah.
7.1 Perjanjian ini berkuatkuasa pada hari yang lebih awal antara hari Rakan Kerjasama mendaftar kepada program rakan atau hari Rakan Kerjasama mula menggunakan perkhidmatan berkenaan. Syarikat akan menilai semua permohonan sebelum memberikan kebenaran untuk menyertai program dan akses kepada Pusat Rakan Gabungan. Proses penilaian tidak akan mengambil masa lebih daripada dua hari bekerja, dan dalam tempoh berkenaan Syarikat boleh menghubungi pemohon untuk mengesahkan sebarang butiran yang dikemukakan bersama permohonan. Selepas penilaian selesai, Syarikat akan mengirim lanjut satu peringatan emel meminta pengesahan mengenai penerimaan terma dan syarat program seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian ini. Selepas menerima jawapan emel Rakan Kerjasama yang mengesahkan penerimaan, Syarikat akan menyediakan butiran yang diperlukan oleh Rakan Kerjasama untuk mengakses Pusat Rakan Gabungan dan akaun Rakan Gabungan akan diaktifkan. Kedua-dua Pihak juga bersetuju bahawa penggunaan perkhidmatan Syarikat bermakna penerimaan perjanjian secara sepenuhnya. Kedua-dua pihak berhak untuk menamatkan perjanjian ini serta-merta pada bila-bila masa, dengan atau tanpa sebab, bagi apa juga alasan. Komunikasi melalui emel, lisan atau bertulis akan dianggap bentuk yang diterima bagi makluman mengenai penamatan. Selepas penamatan oleh Syarikat, Rakan Kerjasama akan kehilangan komisyen daripada tempahan masa depan dari tarikh penamatan berkenaan.
7.2 Syarikat berhak untuk menamatkan mana-mana akaun rakan gabungan sekiranya akaun berkenaan tidak menghasilkan tempahan yang disahkan selama tiga bulan berturut-turut.
7.3 Syarikat berhak untuk menamatkan mana-mana akaun rakan kerana ketidaktepatan yang dipamerkan di laman web Rakan Kerjasama. Ketidaktepatan ini mungkin berkaitan kadar, kandungan, atau maklumat umum yang dipaparkan di Laman. Syarikat akan memaklumkan Rakan Kerjasama, sama ada secara bertulis atau melalui emel, mengenai ketidaktepatan berkenaan dan memberikan Rakan Kerjasama 14 hari untuk membetulkan keadaan berkenaan. Kegagalan melakukannya akan menyebabkan akaun Rakan Kerjasama ditamatkan. Justeru, laman-laman Rakan Kerjasama yang menyalin semula Data Produk Syarikat mesti mengandungi penafian yang menyatakan bahawa maklumat Syarikat adalah utama dan pelawat mesti menyemak terus dengan Rakan Kerjasama untuk memastikan ketepatan kandungan.
7.4 Selepas penamatan kerana sebab yang tidak secara khusus menyebabkan kehilangan dana seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian ini, sebarang wang yang belum dibayar kepada Rakan Kerjasama, yang di bawah jumlah minimum yang dibayar (AS$200), Rakan Kerjasama akan kehilangannya. Selepas penamatan, Rakan Kerjasama bersetuju untuk membuang semua rujukan dan pautan kepada Syarikat dalam tempoh masa yang munasabah. Rakan Kerjasama layak untuk mendapat Komisyen hanya bagi pelepasan yang berlaku semasa tempoh perjanjian ini.
8.1 Setiap pihak memiliki dan mengekalkan semua hak, tajuk dan kepentingan bagi nama, logo, tanda dagang, tanda perkhidmatan, hak cipta, paten, ciri keempunyaan, dan teknologi keempunyaan. Kedua-dua pihak tidak boleh menyalin, mengedarkan, mengeluarkan semula, atau menggunakan item keempunyaan di atas kecuali dibenarkan secara jelas di bawah perjanjian ini.
8.2 Kedua-dua pihak akan bertanggungjawab bagi kos mereka sendiri dan yuran guaman yang berkaitan dengan perjanjian ini.
8.3 Rakan Kerjasama dan Syarikat bersetuju bahawa Rakan Kerjasama merupakan kontraktor bebas bagi semua tujuan, dan Rakan Kerjasama akan bertanggungjawab terhadap cukai penyenggaraan, pampasan pekerja dan semua perkara lain yang berkaitan dengan kerja.
8.4 Perjanjian ini dan Laman Daftar Rakan Kerjasama merupakan dan mengandungi keseluruhan perjanjian antara kedua-dua pihak berkaitan dengan perkara ini selepas ini dan menggantikan sebarang perjanjian lisan atau bertulis terdahulu. Syarikat boleh pada bila-bila masa mendaftarkan mana-mana rakan menggunakan terma yang berbeza daripada yang terkandung di sini. Rakan Kerjasama bersetuju untuk tidak akan menegaskan bahawa perjanjian ini tidak sah atau tidak boleh dilaksanakan semata-mata kerana ia dibuat dan dilaksanakan dalam bentuk elektronik berbanding dalam bentuk bertulis atau sebarang bentuk atau kaedah lain.
8.5 Perjanjian ini akan dikawal oleh undang-undang Amerika Syarikat dan Michigan, tanpa merujuk kepada peraturan yang mengawal pilihan undang-undang. Sebarang tindakan berkaitan perjanjian ini mesti dikemukakan di mahkamah persekutuan atau negeri yang terletak di Detroit, Michigan, dan Rakan Kerjasama bersetuju terhadap, tanpa boleh ditarik balik, kuasa mahkamah-mahkamah berkenaan. Rakan Kerjasama tidak boleh menyerahkan hak perjanjian ini, melalui penggunaan undang-undang atau sebaliknya, tanpa persetujuan bertulis. Tertakluk kepada batasan tersebut, perjanjian ini akan mengikat, menyebabkan faedah kepada dan boleh dikuatkuasakan terhadap pihak-pihak dan pengganti dan penerima hak mereka yang berkaitan. Kegagalan kami untuk menguatkuasakan pelaksanaan ketat mana-mana peruntukan perjanjian ini tidak akan merupakan kehilangan hak untuk menguatkuasakan peruntukan seumpamanya kemudian atau mana-mana peruntukan lain dalam perjanjian ini.
8.6 Perjanjian ini tidak boleh diserahkan hak, kecuali melalui pelaksanaan undang-undang, oleh salah satu pihak tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu pihak yang satu lagi, dan sebarang maksud penyerahan hak oleh salah satu pihak tanpa kebenaran pihak yang satu lagi akan terbatal.
8.7 Pengubahsuaian: Syarikat boleh mengubahsuai mana-mana terma dan syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini, selain daripada Perjanjian ACP Lalai atau Perjanjian ACP Khusus, pada bila-bila masa dan mengikut budi-bicara tunggal Syarikat, dengan meletakkan notis pertukaran atau perjanjian baru di Laman pada hari pertama mana-mana bulan. Pengubahsuaian akan berkuatkuasa pada hari pertama bulan berikutnya. Pengubahsuaian mungkin termasuk, contohnya, perubahan dalam skop yuran rujukan yang tersedia, prosedur pembayaran dan peraturan program. JIKA MANA-MANA PENGUBAHSUAIAN TIDAK DITERIMA OLEH RAKAN KERJASAMA, SATU-SATUNYA JALAN KELUAR IALAH MENAMATKAN PERJANJIAN INI. MENJADI TANGGUNGJAWAB RAKAN KERJASAMA UNTUK MENYEMAK LAMAN WEB SELEPAS 1HB MANA-MANA BULAN BAGI SEBARANG PERUBAHAN DALAM PROGRAM ATAU PERJANJIAN. JIKA RAKAN KERJASAMA TIDAK BOLEH MENJUMPAI PERJANJIAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI LAMAN, ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA SYARIKAT DAN SYARIKAT AKAN MEMPUNYAI 15 HARI UNTUK MENYEDIAKAN SATU SALINAN KEPADA RAKAN KERJASAMA. PENGLIBATAN BERTERUSAN DALAM PROGRAM INI, MENGIKUTI BERITA MENGENAI NOTIS PERTUKARAN ATAU PERJANJIAN BARU DI LAMAN KAMI, AKAN MERUPAKAN IKATAN PENERIMAAN BAGI PERUBAHAN BERKENAAN. JIKA SYARIKAT BERHENTI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KEPADA SEMUA RAKAN KERJASAMA, PERJANJIAN INI AKAN DITAMATKAN SERTA-MERTA DENGAN ATAU TANPA NOTIS KEPADA RAKAN-RAKAN KERJASAMA.
8.8 Batasan Liabiliti: Syarikat tidak akan bertanggungjawab bagi kerosakan tidak langsung, kerosakan akibat sesuatu, atau kehilangan pendapatan, keuntungan atau data, yang timbul berkaitan dengan perjanjian ini atau program, walaupun Syarikat telah dinasihatkan kemungkinan kerosakan-kerosakan seumpamanya. Selanjutnya, liabiiti agregat Syarikat yang timbul berkaitan perjanjian ini dan program tidak akan melebihi jumlah yuran rujukan yang dibayar atau perlu dibayar kepada Rakan Kerjasama di bawah perjanjian ini.
8.9 Penyiasatan Bebas: PERJANJIAN TELAH DIBACA DAN SEMUA TERMA DAN SYARAT TELAH DIPERSETUJUI OLEH RAKAN KERJASAMA. RAKAN KERJASAMA FAHAM BAHAWA SYARIKAT PADA BILA-BILA MASA (SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG) BOLEH BERUSAHA MENDAPATKAN RUJUKAN PELANGGAN MENGGUNAKAN TERMA YANG MUNGKIN BERBEZA DARIPADA YANG TERKANDUNG DI DALAM PERJANJIAN INI ATAU MENYEDIAKAN LAMAN WEB SAMA DENGAN ATAU BERSAING DENGAN LAMAN WEB RAKAN KERJASAMA. RAKAN KERJASAMA TELAH SECARA BEBAS MENILAI PENGLIBATAN DALAM PROGRAM INI DAN TIDAK BERGANTUNG KEPADA SEBARANG REPRESENTASI, JAMINAN ATAU KENYATAAN SELAIN DARIPADA YANG DINYATAKAN DI DALAM PERJANJIAN INI.
|